Monday, 3 February 2014

Kalah tertindas

Siapa yang aku tindas?
Siapa aku untuk pertahankan?
Siapa yang mampu?
Pasti bukan aku.

Dia raksasa badang bukannya yang comel-comel manja, Aku cuma mencuba tak mahu yang bukan-bukan tapi dia masih lagi punya jawapan utuh kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Sudah aku diamkan dia nyatakan atas ke bawah, bawah ke atas. Penerangan dia padu. APA dia mahu? Dihempasnya bagi berpeleseran tanpa faham buku hati aku.

Aku cuma tak mahu. Amarah aku sedang melarut. Jaga-jaga.