Monday, 3 February 2014

Tamak

Apa aku nak cakap pada handai? Yang benarnya kau bukan gagah berani. Tidaklah tegap amat. Apa aku mahu sampaikan pada keturunan kecil aku nanti sedang bapanya entah mencari benda tak pasti. Aku faham, aku mengerti kata kau pasal itu ini. Dunia yang kau sendiri rasa realiti biar apa nak buat semua atas kaki yang mati. Benar bukan?
LELAKI,
Aku tak amakkan kau yang sempurna kerna kau bukan Tuhan padaku.
Aku juga tak mahu amakkan kau dengan semua kata telunjuk aku kerna aku bukannya siapa-siapa padamu. Tapi, sekarang bagaimana kalau handai serta keturunan kecilku tahu engkau tamak dalam harta haram segelinap jasad engkau?
Masih waras mahu tidak sekarang ini? Perlu apa tindak-tanduk kau mencelaka diri? Parahkan jasad biarkan roh kau songsang sana sini? Untuk apa teman?

Aku tak mahukan rentapan hebat. Kau tentang aku, aku tentang kau. Sumpah aku tak mahu. Tapi sepekara kau perlu tahu. Renjisan peluh kau mengalah berjogging 15kilometer. Panas dalam dingin malam? Mudah atau tidak terangan aku ini untuk kau mengerti? Tak perlu diajar untuk berhenti. Siapa mampu tindas kau lelaki gergasi? Siapa? Kalau aku. Confirm aku mati.

Suka kau mahu apa. Suka kau gaya apa. Suka kau. Mampus dekat sana.